Monday, May 20, 2013

tinta ilmu 9... Ciri - Ciri Autisme...


Dunia Ku Dunia Tersendiri...

Terdapat berbagai-bagai ciri kanak-kanak yang menghidap autisme. Namun begitu, tidak seperti masalah Sindrom Down, autisme tidak dapat dikesan sebelum, semasa atau selepas proses kelahiran. Ini adalah kerana penghidap autisme tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda kelainan mereka. Ciri-ciri autisme akan mula kelihatan pada usia 18 bulan ke atas. 
Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mengalami masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius.Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak biasa lain. Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Ibu bapa seharusnya peka terhadap sebarang perubahan atau tindak balas yang berlaku pada anak mereka. Jika anak mereka masih belum bercakap atau berjalan mereka haruslah segera membuat pemeriksaan pakar perubatan. Pengesanan awal dapat dilakukan semasa proses pembesaran bayi tersebut. 


tinta ilmu 8...Roles Of A Teacher


 A teacher plays many roles. Other than teaching, discuss 3 major roles of a teacher.
Introduction
The mission of education in Malaysia are; 1) to develop a world class quality education system which will identify and polished the full potential of the individual and fulfil the aspiration of the Malaysian nation, 2) to produce loyal and united Malaysians and 3) to produce happy, well-mannered individuals, who have faith, full of knowledge and vision. Obviously the goal of education in Malaysia is to develop human capital, with ideal behaviour and full of potential as an important resource person for a world-class country. Therefore, as an implementer, all teachers must have a strong education background, appropriate attitude, good motivation, proactive, innovative, caring and full of loves. 


tinta ilmu 7....autisme


tinta ilmu 6...Negara Ku


tinta ilmu 5.... mari belajar tatabahasa


Wednesday, May 15, 2013

Tinta Ilmu 4...


 Sahsiah...
 Definisi Sahsiah
       Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. Ia sebenarnya merujuk kepada tingkahlaku yang mencirikan keperibadian individu berkenaan iaitu yang menggambarkan sifat personaliti yang membezakan diri dengan orang lain yang merangkumi sifat asas sahsiah seperti kepercayaan, gaya hidup, pemikiran, budi pekerti, nilai, tabiat dan  ketrampilan seseorang.  Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud keperibadian  atau  peribadi. Kamus Dewan telah memberi  maksud peribadi ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. 

Tinta Ilmu 3


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


Keluarga Empunya Blog...

Bersama isteri dan anak di Rumah Mahsuri, Langkawi.


Anak ku yang teristimewa...


Salam Tinta Ilmu 2...



Mekanisme Bela Diri  Ego Defense Mechanisme 

 Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
    Mekanisme bela diri (ego defense mechanism ) adalah sifat atau cara manusia untuk berhadapan konflik dan kerisauan terhadap dirinya. Contohnya apabila  guru berhadapan dengan murid yang kerap tidak menyiapkan  latihan yang diberi akan menyatakan pelbagai alasan bela diri seperti terlupa, tidak sihat, tertidur dan sebagainya.  Menurut Sigmund Freud, pengasas psikonalitik dalam psikologi menegaskan mekanisme bela diri adalah keadaan dimana ego  membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan dengan menyingkirkan fikiran atau cetusan kerisauan  yang tidak menyenangkan ke pemikiran bawah sedar. Menurut Schult ( 1993 ) , mekanisme bela diri sebgai proses  psikologi  yang bertujuan  untuk mengawal ketidakupayaan  dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal id dengan sempurna. Mekanisme bela diri juga dilihat tindakan mampu mempertahankan segala kutukan oleh superego.  


Salam Tinta Ilmu 1...


Huraikan hierarki keperluan yang dikemukakan Maslow dari konteks diri anda sebagai seorang guru. Apakah jenis keperluan bagi setiap hierarki, bagaimana anda memperolehinya dan kesan sekiranya keperluan tersebut dapat dipenuhi / tidak dapat dipenuhi.

 Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

    Abraham Maslow merupakan pelopor kepada psikologi kemanusiaan. Perspektif humanistik adalah  berlandaskan kepada pendekatam moral dan potensi individu. Humanisitik  berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan , perbezaan cara belajar dan keperluan  asas yang berbeza. Teori Hierarki  Keperluan Abraham Maslow  mula  diperkenalkan pada 1954  dalam bukunya Motivation and Personality. Teori Hierarki Keperluan telah mengariskan lima keperluan  asas manusia yang akan mempengaruhi tingkah laku manusia.