Mekanisme Bela Diri Ego Defense Mechanisme
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Mekanisme bela diri (ego defense mechanism ) adalah sifat atau cara manusia untuk
berhadapan konflik dan kerisauan terhadap dirinya. Contohnya apabila guru berhadapan dengan murid yang kerap tidak
menyiapkan latihan yang diberi akan
menyatakan pelbagai alasan bela diri seperti terlupa, tidak sihat, tertidur dan
sebagainya. Menurut Sigmund Freud,
pengasas psikonalitik dalam psikologi menegaskan mekanisme bela diri adalah
keadaan dimana ego membela dirinya
terhadap konflik dan kerisauan dengan menyingkirkan fikiran atau cetusan
kerisauan yang tidak menyenangkan ke
pemikiran bawah sedar. Menurut Schult ( 1993 ) , mekanisme bela diri sebgai
proses psikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi
dan mengawal id dengan sempurna. Mekanisme bela diri juga dilihat tindakan
mampu mempertahankan segala kutukan oleh superego.
Apa maksud struktur personaliti ( structure of personality) ? Struktur
personaliti adalah membincangkan interaksi kaitan id, ego dan superego . Menurut pandangan psikoanalitik struktur
personaliti manusia terdiri daripada
tiga sistem utama iaitu id yang bermaksud yang didorong oleh
tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan. Ego adalah diri yang
sedar dan berprinsip realiti. Superego adalah komponen sosial yang
berprinsip moral. Contoh kaitan id,ego dan superego dalam situasi dalam kelas.
Ali tidak membawa buku latihan matematik. Semasa guru matematik masuk ke dalam
kelas, Ali telah meminta kebenaran guru untuk ke tandas dengan tujuan untuk ponteng
kelas kerana tidak membawa buku matematik ( peringkat id ). Setelah beberpa
minit berada dalam tandas, Ali merasakan
perbuatan adalah salah kerana menipu bertentangan prinsip sosial ( peringkat
ego ). Akhirnya Ali masuk ke dalam kelas dan berjumpa dengan cikgu dan mengaku
tidak membawa buku latihan matematik dan memberikan alasan serta berjanji tidak
mengulangi lagi ( peringkat superego ).
Apa maksud
Tahap Kesedaran (level of
consciousness).? Tahap kesedaran bermaksud peringkat atau tahap perkembangan
personaliti seseorang. Terdapat tiga
tahap kesedaran dalam teori
psikoanalitik. Tahap Sedar adalah
peringkat tahap yang disedari oleh seseorang merangkumi tindakan tingkah laku,
perasan , pemikiran dan ingatan. Contoh berjalan, gembira, minum dan
sedih. Tahap Prasedar adalah
seseorang mengalami kesukaran menyedari sesuatu sedang atau telah berlaku ke
atas dirinya. Contoh, apabila kita mencari kunci kereta yang hilang. Kita akan
terus mengingati dan mencari berdasarkan pengingatan kita tempat yang kita
pernah letak atau simpan. Tahap Bawah
Sedar adalah pembentukkan tingkah laku manusia yang mempengaruhi naluri dan keinginan
masusia.
Daripada penerangan di atas , kaitan atau
hubungan struktur personaliti , tahap kesedaran
dengan mekanisme bela diri adalah merujuk kepada pelbagai deskripsi ringkas
strategi mekanisme bela diri berdasarkan psikoanalitik.
Mekanisme represi (repression) adalah
cara manusia melawan, menolak fikiran, keinginan atau kenangan yang tidak mahu
diingati dengan cara meletakkan manusia dalam tahap bawah sedar. Contohnya
murid yang kecewa apabila gagal dalam peperiksaan cuba melupakan dengan
mengambil dadah atau berhibur .
Mekanisme penafian (Denial) adalah
cara manusia untuk tidak menerima dengan positif atau menolak untuk mempercayai
maklumat yang menimbulkan kerisauan dalam keadaan sedar.. Contoh, seorang yang
memasuki pertandingan uji bakat telah gagal namun dia terus masuk uji bakat
lain untuk mencuba nasib walaupun juri professional telah menyatakan iannya
tiada berbakat.
Mekanisme rasionalisme (rationalization)
adalah seseorang itu berusaha untuk
membuktikan bahawa mereka berkemampuan yang terbukti dan wajar diterima dalam
keadaan sedar. Contohnya, seorang murid menyatakan “..saya masih lulus walaupun markah saya
paling rendah dalam kelas... “.
Mekanisme pindah gantian (displacement)
adalah mengalihkan alasan atau faktor kekurangan keoada orang lain yang
tidak memberikan kesan kepadanya.. Tahap kesedaran bawah sedar. Contoh, kes buli pelajar kepada pelajar lemah apabila
pelajar yang membuli menjadi mangsa dera dirumah.
Mekanisme
regresi ( regression ) adalah
seseorang yang menghadapi konflik atau kecemasan akan berkelakuan tidak
matang atau luar kebiasaan seseorang
seperti menangis, menyendiri atau berkelakuan seperti kanan-kanak apabila
berhadapan berita atau situasi yang cemas.Kebanyakkan berlaku di prasedar.
Mekanisme projeksi (projection)
adalah perasaan bersalah ke atas sesuatu tindakan yang kita lakukan , berfikir
perkara tersebut akan dilakukan oleh orang lain. Berlaku dalam tahap sedar.
Contoh, apabila seseorang menggunakan tandas tidak menarik pam air kerana
merasakan orang lain juga berbuat demikian .
Mekanisme pembentukan reaksi ( reaction
formation ), adalah seseorang
berkelakuan yang diluar personiliti dirinya untuk membuat dirinya diterima
dalam kumpulan yang dikehendakinya. Berlaku dalam tahap sedar. Contoh, seseorang anak yang berpersonaliti kemas dan sopan
semasa dirumah bersama keluarga tetapi bertukar penampilan apabila berada dalam
kolompok kawan rakan sebaya yang bertentangan personalitinya.
Mekanisme sublimasi ( sublimation ) adalah mengalihkan dorongan yang
berlaku dalam diri seseotrang kepada bentuk
aktiviti sosial dan bermanfaat pada dirinya .Berlaku dalam prasedar. Berlaku
dalam sedar. Contoh, luahan perasaan dalam diri seseorang di aprisasikan kepada
bentuk lagu, lukisan atau aktiviti
fizikal.
Kesimpulannya, mekanisma beka diri adalah cara bagaimana seseorang untuk
mempertahan , membina dan nmeletakkan diri seseorang diterima dalam kelompok kumpulan. Struktur
personaliti akan mengimbangi bagaimana seseorang membina mekanisma bela diri.
Bela diri dann struktur personality akan membentuk atau menentukan tahap
kesedaran seseorang apabila membuat sesuatu perbuatan atau tindakan untuk
dirinya.
No comments:
Post a Comment