Salam Tinta Ilmu 1...
Huraikan hierarki
keperluan yang dikemukakan Maslow dari konteks diri anda sebagai seorang guru.
Apakah jenis keperluan bagi setiap hierarki, bagaimana anda memperolehinya dan
kesan sekiranya keperluan tersebut dapat dipenuhi / tidak dapat dipenuhi.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Abraham Maslow merupakan pelopor kepada
psikologi kemanusiaan. Perspektif humanistik adalah berlandaskan kepada pendekatam moral dan
potensi individu. Humanisitik
berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan ,
perbezaan cara belajar dan keperluan
asas yang berbeza. Teori Hierarki
Keperluan Abraham Maslow
mula diperkenalkan pada 1954 dalam bukunya Motivation and Personality. Teori Hierarki Keperluan telah
mengariskan lima keperluan asas manusia
yang akan mempengaruhi tingkah laku manusia.
Keperluan fisiologi
adalah peringkat pertama perlu dipenuhi . Keperluan peringkat ini adalah
keperluan utama yang akan mempengaruhi tingkah laku seperti makan, minum,
tidur, rehat, seks, pakaian dan kasih sayang. Keperluan peringkat ini bersifat
bioligikal. Contoh, apabila guru
berhadapan situasi murid yang tidak bersarapan pagi akibat tiada duit atau
terlewat sehingga tidak sempat bersarapan. Guru mendapati murid berkenaan tidak
fokus dan lemah seperti tiada bertenaga.
Guru perlu memahami situasi tersebut . Tindakan meminta murid bersarapan
dahulu dan menceritakan tentang kepentingan sarapan pagi adalah langkah
terbaik kepada murid. Jika guru teruskan
membiarkan murid berlapar menunggu sehingga waktu rehat mungkin memyebabkn
murid tiada fokus dalam pembelajaran
pada hari itu.
Keperluan
keselamatan adalah keperluan untuk
meletakan emosi dan fizikal seseorang
dalam keadaan tenang, stabil, bebas dari takut dan kebimbingan. Contoh, murid
akan menyerahkan duit belanja kepada guru pendidikan jasmani apabila beraktiviti fizikal. Murid akan lebih rasa
selamat dan tenang apabila duit telah dibawah pengawasan guru berbanding meletakkan dalam beg di
kelas.
Keperluan
kasih sayang adalah keperluan yang
diperlukan setelah keperluan fisiologi dan keselamatan telah dipenuhi. Contoh,
bagaimana seorang murid akan begitu rapat atau menganggap guru sebagai bapa
selepas keperluan fisiologi dan keselamatan dirumah dipenuhi oleh ibubapa.
Tetapi jika terdapat kes penderaan kanak-kanak dirumah, didapati murid
sedemikian akan sukar berdamping dengan rakan atau guru.
Keperluan penghargaan kendiri merupakan keperluan emosi untuk mendapatkan
pengiktirafan, penghormatan dan ingin dikenali. Contoh, ulasan ringkas
penandaan buku murid `seperti “Baik”, “Tahniah”, “Cemerlang” dan “A”
,walaupun ringkas tetapi ianya memberikan pujian yang membanggakan murid
apabila murid membandingkan antara mereka.
Keperluan kesempurnaan kendiri
adalah tahap keperluan paling tinggi.
Setiap individu atau murid berbeza keperluan kesempurnaan kendiri bergantung
atas faktor agama, budaya, pendidikan, sosial setempat dan norma hidup
setempat. Kesempurnaan kendiri yang dicapai akan menonjolkan potensi, bakat dan
kebolehan individu.
Kesimpulannya, teori Hierarki Keperluan
adalah menunjukkan keperluan asas dan emosi manusia yang perlu dipenuhi dari
peringkat keperingkat untuk membina tingkah laku yang positif seseorang atau
murid. Jika setiap peringkat bawah atau pertengahan tidak diperolehi ia mungkin
menjejaskan pembentukkan sahsiah dan potensi kecemerlangan seseorang murid.
Untuk memastikan keperluan murid dipenuhi, guru perlu proaktif memastikan
keperluan asas ,bilik dan suasana pembelajaran kondunsif, bersifat penyayang,
bijak merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran, mengenal pasti potensi murid dan memupuk nilai motivasi pada
murid. Kesempurnaan keperluan akan menunjukkan cirri-ciri seperti murid berupaya mempunyai persepsi yang jelas
pada realiti hidup, penerimaan pada diri sendiri dan orang lain serta suka
mempermudahkan dan berkecuali.
No comments:
Post a Comment