Falsafah Pendidikan Kebangsaan
" Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )
adalah teras kepada pelaksanaan sistem pembentukkan sistem pendidikan yang
bertunjangkan kepada Rukun Negara. FPK
melambangkan usaha dan hala tuju pendidikan di Malaysia yang ideal dan
seimbang melalui pelaksanaan kurikulum
dan dasar pendidikan yang menuju ke arah kecemerlangan pendidikan dan pemangkin kepada pembentukkan individu yang dapat memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah pendidikan adalah perkara penting
dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001),
falsafah pendidikan ialah suatu kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang
membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut
dijalankan di sekolah atau di bilik darjah. Falsafah pendidikan merupakan
rujukan dan nadi pelaksanaan pendidikan kebangsaan yang merangkumi dasar, hala
tuju dan panduan kepada pelaksanaan sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang maju
di kalangan negara maju hakikatnya mempunyai falsafah pendidikan yang unggul
dari segi pelaksanaan dasar, sistem
pendidikan dan kurikulum yang dilaksanakan dengan berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan pendidikan di Malaysia sebelum
merdeka dan selepas merdeka seterusnya
era milenium telah menjadi pegangan dalam pembentukkan FPK . Falsafah
Pendidikan Negara ( FPN ) telah ditulis
pada tahun 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) pada 1996
selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996. FPK digubal berasaskan Penyata
Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan
1979 dan juga Rukun Negara.
FPK
mempamerkan denyut nadi dan panduan bagi proses aktiviti pendidikan di Malaysia. Pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan paradigma ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah pra sekolah
hingga kepada peringkat tertinggi
universiti. FPK menjelaskan
hasrat tujuan dan matlamat pendidikan
untuk pembentukkan misi individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu
untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang
juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama
untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara. FPK mentafsirkan
falsafah pembentukkan manusia yang berasaskan kepercayaan kepada tuhan dan
agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan potensi individu
merangkumi aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan
fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan
budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang mentunjangi keperibadian
insan menjadi ciri asas individu, keluarga, masyarakat dan warganegara yang
baik dan terdidik.
Hasrat pembentukkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan merealisasikan
rakyat yang produktif yang mampu memberi
sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Negara dapat maju secara mampan
dan mendominasi hingga ke peringkat globalisasi dari segi ekonomi, politik,
dan sosial dengan semangat FPK yang berteraskan pembentukkan modal insan
dan pembentukkan negara bangsa dalam sistem pendidikan kebangsaan. Hasrat
negara untuk mencapai status negara maju sepertimana inspirasi Wawasan 2020
adalah mencerminkan semangat FPK.
Kepentingan pembangunan insan dan
pembangunan negara, FPK melahirkan sistem dan dasar pendidikan di seluruh negara berdasarkan Akta
Pendidikan dan Laporan Pendidikan. FPK
bertujuan mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha secara berterusan ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Walaupun sistem dan dasar pendidikan tertakluk kepada Falsafah
Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berubah mengikut keperluan
semasa dan sejajar dengan perubahan aspek , ekonomi, sosial dan politik dalam
negara dan globalisasi. Namun begitu, perubahan sistem dan dasar adalah
penambahbaikkan kepada pelaksanaan yang sentiasa bertunjangkan kepada Prinsip
Rukun Negara.
Dirumuskan , FPK
merupakan hala tuju atau panduan
terhadap perkara yang berhubung kait dalam proses pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan
falsafah pendidikan yang ditetapkan. Dengan pembentukkan FPK maka segala
perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar, pengisian program
pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum dan sistem
pendidikan akan menjadi pemangkin keperluan perkembangan pendidikan negara.
1.
Definisi dan Konsep Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah
ialah satu disiplin ilmiah yang mengutarakan kebenaran yang umum dan asas.
Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang
juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud
"cinta kepada hikmah”. Falsafah (
Philosophy ) beraasal dari dua perkataan Yunani iaitu philo dan Sophia. Philo
bermaksud mencintai dan Sophia bermakna kebijaksanaan atau kehikmahan. Oleh
demikian, falsafah bermaksud mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan.
Menegakkan kebenaran adalah intipati kehidupan dalam menjalani kehidupan
manusia dan memerlukan kebijaksaan dalam mencari kebenaran.
Menurut Socrates, falsafah ialah usaha
menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai kebijaksanaan.
Menurut Plato, falsafah ialah usaha mengetahui
segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai
hakikat sebenarnya. Aristotle mendefinisikan falsafah sebagai ilmu disiplin
yang menyelidik asas dan sebab segala benda. Al-Farabi mendefinisikan falsafah
sebagai ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidik hakikat yang
sebenarnya. Menurut Al-Ghazali , falsafah ialah perbincangan berkaitan
soal-soal agama dan ketuhanan semata-mata dan hasil pemikiran manusia yang
spekulatif yang berdasarkan ujikaji dan pengalaman yang tajam.
Ahli-ahli falsafah mencari kebenaran
melalui penaakulan daripada yang berlaku dan ramalan yang berlaku berdasarkan
pemerhatian atau kajian yang berlaku dalam ketamadunan manusia atau masyarakat
setempat dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. .
Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan
falsafah sebagai "Seeking after wisdom or knowledge especially that which
deals with ultimate reality, or with the most general causes and
principles of things and ideas and human perception and knowledge of them,
physical phenomena and ethics" .
Oleh
demikian, dirumuskan bahawa falsafah bermaksud suatu usaha yang dilakukan untuk
mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. Menyatakan falsafah
sememangnya memerlukan ketajaman akal, pemantapan ilmu dan keteguhan nilai agar
dapat member penjelasan tentang sesuatu perkara secara bijaksana.
Falsafah Islam ialah falsafah yang
berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Falsafah dari sudut Islam
berteraskan kepada prinsip dan matlamat Islam dalam kehidupan. Falsafah
Islam mencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Falsafah Pendidikan
Islam ialah falsafah pendidikan yang
berteraskan ruh Islam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan. Al-Syaibany
(1991), menyatakan maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan
manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta
tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Falsafah
pendidikan Islam adalah berasaskan Al Quran. Pernyataan Falsafah Pendidikan
Islam berhasrat “ Pendidikan berterusan
ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal
yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan
beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu
membantu antara satu sama lain “. Pernyataan
falsafah di atas menunjukkan justifikasi bahawa pendidikan dalam Islam
merupakan proses yang berterusan yang membentuk perkembangan individu secara
berterusan berteraskan al Quran atau
wahyu Allah swt.
Menurut Mok Soon Sang (2010) dalam
karyanya Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Pendidikan mengikut pandangan
umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan
ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya, pendidikan
boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan
merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunya objektif, rancangan dan organisasi
untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan
diri dalam masyarakatnya pada masa hadapan.
Berdasarkan kepada huraian definisi falsafah
, FPK merupakan hasrat pemerintah sebagai hasrat negara melalui pendidikan
untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga
keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan
melalui pendidikan yang merupakan proses yang berterusan melalui dasar-dasar
dan sistem pelaksanaan yang mampan dan holistik mengikuti peredaran pendidikan,
sosial, ekonomi dan politik dalam negara dan perubahan globalisasi. Oleh
demikian, definisi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Malaysia adalah seperti
berikut ,
“Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serrta
memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Konsep yang didokong oleh FPK antaranya
bertujuan menyatu padukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum
dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu bermesra
dengan pelbagai kaum di seluruh negara. Masyarakat Malaysia yang berbentuk
majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang
dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan
masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan
bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakat Malaysia. Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan.
Maka,
berteraskan kepada Rukun Negara, FPK telah diwujudkan pada tahun 1988. Umumnya,
konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK. "
Pendidikan ialah "usaha sistematik
yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan
pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan
potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ".
Konsep FPK diterjemahkan melalui elemen yang
mentunjangi FPK ialah “Pendidikan suatu
usaha berterusan”. Konsep ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah
proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni
supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak
mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang
hayat. Pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan asas
peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, di sekolah rendah dan sekolah
menengah dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat
bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT,secara
on-line dan melalui media massa.
Pendidikan sepanjang hayat membolehkan pelajar menghadapi dan menangani pelbagai pembangunan
yang pesat . Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat
utama FPK.
“Memperkembang
potensi individu”. Individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi
seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi
ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan
meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Penjanaan
intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai
kemahiran asas 3M membaca, menulis dan mengira , menguasai kemahiran untuk
memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan
kreatif serta dapat memanfaatkan ilmu
dan kemahiran untuk diri, masyarakat dan negara. Dari segi perkembangan unsur
jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu,
seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh
badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan
kemahiran teknikal manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara
berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan
daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan
kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan
tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat
kekitaan yang muhibah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran
menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.Dalam
perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat
kejiwaan dan kebatinan, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati
adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk
dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.
Konsep
“ Perkembangan potensi secara
menyeruluh dan bersepadu “, perkembangan potensi individu tidak
lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangan
secara menyeruluh dan bersepadu. Pembentuk insan yang berilmu pengetahuan,
bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum
harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan
dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah
diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan
kebolehannya.
Konsep “membentuk
insan yang seimbang dan harmonis “, umumnya adalah untuk melahirkan insan
yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai
kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan
sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Insan yang seimbang dan
harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan
rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap
optimum. Insan adalah
individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri,
keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai
anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan
negara.
Konsep “ kepercayaan kepada Tuhan”, adalah merupakan keyakinan bahawa
manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya,
dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh
kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam
usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya. Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan memberi tumpuan seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan
alam dijadikan oleh penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah
peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk
memajukan alam atau menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perbuatan diri sendiri dan seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari
perbuatan kejahatan.
Konsep “ rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan”
adalah menekankan dan menyaran rakyat yang memiliki pengetahuan dengan membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan
menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu
pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
dan berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu
pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain
serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.
Konsep “ rakyat Malaysia yang berketrampilan “ adalah berhasrat melahirkan
individu yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi
sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia
yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu
pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan
tugasnya secara cekap dan sempuma.
Konsep “rakyat Malaysia yang berakhlak mulia” menyaran rakyat perlu memiliki
tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang
mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada
perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat
menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan
perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.
Konsep “ rakyat Malaysia yang bertanggungjawab “ juga ditekankan
kerana rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa
dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti
menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa
berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan
undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa,
negara dan agama.
Konsep
“ rakyat Malaysia yang berkeupayaan
menikmati kesejahteraan diri “. Melalui perkembangan potensi individu
secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami
keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia
yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan
seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa
ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat dan
memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.
Konsep
“rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh menggnunakan
tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya
pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk keharmonian keluarga,
semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibah, tolerensi dan hormat dan
menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara.
Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara dengan
mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan Perlembangan sebagai menghayati dan
mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik dan cintakan
negara.
Kesimpulan, berpandukan kepada pernyataan
FPK, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu konsep
yang berusaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,
demi menwujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Manakala matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan
kemakmuran negara. Konsep yang diterjemahkan melalui FPK adalah untuk
pembentukkan negara bangsa dan pembangunan negara.
2.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Asas pembentukan FPK adalah bermatlamat
pembentukkan negara bangsa, kestabilan
politik, ekonomi dan pendidikan. Dasar pendidikan yang mantap akan menjadi asas
kepada rujukan berfokus untuk mengelakkan daripada konflik seperti masalah
perpaduan kaum, ketidakpuasan hati antara kaum dan perpecahan. Keadaan ini akan
menyumbang kepada masalah pembangunan, keamanan dan kemajuan sesebuah negara.
Dasar pendidikan negara adalah manisfestasi daripada Falsafah Pendidikan yang
mula ditulis pada tahun 1988, falsafah-falsafah yang terkandung didalamnya
mengandungi matlamat, pelaksanaan pendidikan, ciri-ciri yang hendak dibentuk
dalam diri individu dan hal-hal yang terkait dengan bidang pendidikan. Sebelum
tahun 1988, falsafah pendidikan bersifat tersirat sahaja iaitu hanya merujuk
kepada perkara-perkara asas daripada dasar kerajaan seperti Rukun Negara, Dasar
Ekonomi dan ideologi kerajaan pemerintah ketika itu.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara
bermula daripada pembentukan negara Malaysia yang merdeka dah berdaulat, ia
bermula sejak Malaysia menuntuk kemerdekaan daripada penjajah British. Dasar
Pecah dan Perintah oleh pihak penjajah Inggeris pada sekian lamanya telah
menjadi dasar pendidikan ketika itu, usaha-usaha perpaduan sama ada antara suku
kaum yang ada atau antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Keadaan
ini melahirkan kepada hala tuju pendidikan rakyat yang kabur pada ketika itu,
sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan lebih kepada pengekalan ideologi
dan identiti satu-satu kaum sahaja dan asasnya bersifat tidak kukuh.
Perkembangan sistem pendidikan terus
berkembang secara perlahan dan berterusan, tetapi masih lagi wujud isu-isu
seperti pengekalan identiti kaum sendiri, tiada tujuan pendidikan untuk
kemajuan dan pembangunan negara bangsa serta tiada usaha untuk tujuan perpaduan
kaum bagi pembentukan negara Malaysia. Falsafah pendidikan ketika itu tidak
secara tersirat, malah hanya bertujuan untuk memenuhi keperluan kepada
satu-satu kaum sahaja pada masa itu sahaja. Kesan daripada dasar pecah dan
perintah oleh penjajah berjaya mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan bersatu
padu ini, tujuan penjajah untuk menangguh kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu
jelas dengan menjadikan alasan perpaduan kaum tidak dicapai ketika itu.
Sejarah pembentukkan FPK dengan Perakuan
191 menegaskan “ Pendidikan di negara ini adalah untuk mencapai perkembangan
murid yang menyeluruh, iaitu perkembangan yang meliputi aspek kognitif atau
intelek, jasmani, sosial, emosi, sikap dan nilai-nilai etika pada murid-murid
dan generasi akan datang. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah
hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun
1974. Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran
Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong
kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang
menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan
politik untuk membangunkan bangsa dan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet,
1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan
dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988.
Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988,
telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996
(Kementerian Pendidikan, 1999).
Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet,
1979 juga, telah menetapkan secara tersurat dan tersirat penentuan wajah dan
jenis warganegara Malaysia yang perlu dibentuk melalui sistem pendidikan di
Malaysia. Keperihatinan dan hasrat Jawatankuasa tersebut dirakamkan seperti
berikut “ Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan
bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahu pun secara beramai-ramai
dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya individu yang lahir
dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan
kemanusiaan.
Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik.
Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik.
Faktor agama, Agama Islam ialah agama
rasmi bagi negara Malaysia tetapi agama lain juga bebas dianuti mengikut
undang-undang negara. Dalam pelbagai anutan agama, khasnya agama Islam
merupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses
penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya
“menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”
Faktor sosial pula, masyarakat Malaysia
terdiri daripada berbilang kaum. Seperti yang diketahui, keharmonian dan
kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama
dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah
amat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang merupakan kriteria yang paling
penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan
kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam
FPK, “melahirkan rakyat Malaysia memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Faktor politik , sebagaimana yang
diketahui umum, FPK digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang
dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan
Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara,
pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan
negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan
asas dalam penggubalan FPK. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada
pernyataan FPK, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial
tersebut di atas.
Faktor ekonomi, rakyat Malaysia yang
terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi
dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan
terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah
menjadi salah satu matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam FPK.
Faktor individu seperti potensi individu dapat
dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi
aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis.
Insan yang seimbang dan
harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,
sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta
bersedia mengnadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu
yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK.
Faktor universal atau sejagat, penggubalan
FPK pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan
antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar
pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas FPK. Misalnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur
hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam
pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan…” Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur
hidup.
Kesimpulannya, perkembangan, kemajuan serta
pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama
negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan
peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan
kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usaha kerjasama sejagat ini
akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang. Sehubungan ini, program
pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bukan
sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi juga
berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.
Dasar-dasar kerajaan dalam pendidikan
semenjak mencapai kemerdekaan 1957, juga mempunyai impak kepada pembentukkan
FPK. Dasar-dasar pendidikan selepas kemerdekaan adalah sangat berkait rapat
dalam dasar FPK. Isu atau dasar yang menyentuh dan melibatkan bahasa, jenis
sekolah, sistem kurikulum dan laporan-laporan pendidikan telah menjadi denyut
kepada pembentukkan FPK.
3.
Peranan dan Sumbangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Peranan dan sumbangan FPK dilihat melalui
implikasinya terhadap sistem pendidikan. Implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada peranan dan sumbangan FPK kepada
pelaksanaan kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan negara.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan
sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap
institusi sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini adalah
bertepatan dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan individu yang seimbang.
Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai
murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat FPK. Sistem pendidikan juga diubah
menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi
berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke
sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan
bagi membawa Malaysia ke arah yang maju dan tidak ketinggalan.
FPK menggalakkan guru memahami sistem
pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh
diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen
perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab
membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi FPK dan Visi 2020. Guru
mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem
pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab
sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan
apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini.
Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif.
Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum
bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan
oleh guru.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat FPK. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat FPK iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat FPK. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat FPK iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
FPK juga memain peranan sebagai inspirasi
melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai
seorang warganegara. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan
pembangunan.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta
mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada
Negara.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan
kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
FPK berperanan satu landasan negara kearah
membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. FPK yang menjadi asas dan sumber
inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya
mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli
masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat
Malaysia. Unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”.
Ungkapan “tuntutlah ilmu sampai keliang lahad” merupakan satu ungkapan yang
sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu
proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita
meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan
nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat
dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi,
seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan
sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha
berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang
dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita
pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan
merupakan satu elemen penting dalam FPK.
Peranan FPK sebagai memperkembang potensi individu. Potensi
individu ini boleh dibahagikan kepada empat unsur intelek, jasmani, emosi, dan
rohani. Melalui pendidikan potensi individu boleh di perkembangkan dan di
gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh
badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental
kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula
ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada
semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk
mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan
kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih
menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu
berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai
masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu
dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada FPK.
Peranan FPK memperkembangkan potensi individu telah membawa kepada
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara
menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada
jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri
individu tersebut.
Peranan sebagai lamdasan pembentukkan insan
yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan
yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada
tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta
matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini
mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara
kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah
laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai
kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi
dengan tenang dan cepat.
Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.
Peranan membina individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.
Peranan membina individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Peranan membentuk rakyat Malaysia yang
berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan
rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang
inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang
melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat
dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan
unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang
mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan
berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam
perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat
Malaysia yang berakhlak mulia.
FPK juga sebagai galas membentuk individu
tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna .
Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihormati dan dipatuhi agar
keamanan negara, perpaduan kaum dan kerukunan bermasyarakat dapat dijaga dan harmonis.
FPK menggariskan matlamat dan peranan adalah
membentuk rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat,
agama, dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan
membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan
mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan.
4.
Cabaran dan Halangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah pendidikan sangat penting dalam
menentukan nilai, hala tuju pendidikan dan mengukuhkan sistem pendidikan. Dalam
menekankan pembangunan kemanusiaan, FPK perlulah seiring dengan kemahuan
semasa. Pendidikan pada masa kini amat terbuka dengan teknologi yang membolehkan
mereka mendapatkan maklumat di hujung jari. Jika dulu semua maklumat hanya
didapati di sekolah, tapi kini semua maklumat dapat diakses melalui
internet. Jesteru itu, pelaksanaan falsafah pendidikan hendaklah sejajar dengan
kemahuan semasa dan sejajar dengan teknologi yang bakal diterokai oleh
para pelajar.
Dalam melaksanakan sumber manusia menjelang Wawasan 2020, FPK berfungsi
melahirkan kepimpinan institusi dan pentadbiran sekolah yang berwibawa untuk
merealisasikan hasrat FPK. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah
dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap
serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan.
Kepimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader
iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif
akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal
berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah
juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk
menjadi lebih berkesan.
Penekanan
dalam pembudayaan budaya sekolah berbentuk kebangsaan. Budaya sekolah, kadang
kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting
dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas
berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam
keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil,
dedikasi, gembira dan sempurna.
FPK
berhasrat untuk melahirkan individu yang seimbang. Gerak kerja kokurikulum
dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepemimpinan,
kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan pelajar. Aktiviti
kokurikulum juga perlu dirancang supaya pelajar mempunyai perseimbangan antara
perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan
kokurikulum cuba melihat minat dan bakat pelajard. Namun, aktiviti kokurikulum
di pandang sepi akibat mengejar keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Penglibatan pelajar hanya sebagai mencukupkan syarat penyertaan dalam
ko-kurikulum. Kegiatan kokurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan
murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan.
Cabaran dalam menangani masalah disiplin.
Institusi pendidikan dari pra sekolah hingga ke universiti adalah sebagai agen
sosial utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke
peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu
diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek sejajar dengan kemahuan FPK. Takrifan disiplin sebagai kesanggupan
seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada
disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan
seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan
menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di
antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki
keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat
untuk masyarakat. Dunia pendidikan semakin rencam dengan perbagai isu disiplin
telah menjejaskan hasrat FPK. Media massa, rakan sebaya dan pelanggaran norma
budaya telah menjadi umpama duri dalam daging dalam merealisasikan hasrat FPK.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
Melalui FPK kita dapat menerapkan kefahaman dalam diri pelajar tentang
kepentingan mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa
pertuturan bukan hanya perlu dipelajari malahan perlu dikuasai secara mendalam
oleh pelajar dan guru . Melalui FPK ,
seorang guru mampu menjadi guru yang berkeperibadian lebih unggul dan
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual,
dan sosial. Pelajar yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa kebangsaan
dengan baik akan melahirkan individu yang cinta akan negara dan mampu berbakti
kepada nusa dan bangsa. Menjadi hasrat FPK untuk melihat pelbagai kaum pelajar
berinteraksi berbahasa kebangsaan tanpa rasa curiga . Namun, cabaran berlaku
apabila wujudnya sistem persekolah sekolah rendah kepada Sekolah Kebangsaan (
SK ), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil atau Cina ( SJKT/C ). Kewujudan sistem
begini sebenar menjuruskan kepada kehendak pelaksanaan bahasa kebangsaan masih
dipinggirkan di SJKT/C.
Keterbukaan pendidikan dalam menerima
iklim pendidikan globalisasi adalah cabaran terhebat dalam dunia pendidikan
masa kini. Adakah sistem atau dasar pendidikan negara telah bersedia untuk
menerima cabaran dalam perkembangan pendidikan kini? Kamus Dewan edisi keempat,
menyatakan globalisasi membawa definisi proses yang membolehkan sesuatu
aktiviti seperti ekonomi, kebudayaandan sebagainya disebarkan atau diperluas ke
peringkat antarabangsa atau keseluruh dunia, terutamanya dengan adanya
kemudahan sistem komunikasi sertadasar terbuka. Menurut Syed Ismail dan Ahmad
Subki (2010), globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpassempadan
dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk kepada
perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu
daerah dunia kepada daerah dunia yang lain globalisasi pendidikan akan memberi
tekanan kepada guru agar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada
pengajaran moden serta berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan
yang terkini. Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak
kesan terhadap pendidikan negara pada hari ini. Tindak balas daripada
keterbukaan idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan cabaran.
Maklumat dan keterbukaan pemikiran diluar fahaman dan semangat Rukun Negara
yang menjadi asas kepada FPK akan menjadi cabaran kepada pendidikan .
5.
Cadangan Pemantapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berdasarkan FPK, memahami konsep-konsep yang ingin
dilaksanakan oleh FPK dalam sistem pendidikan di Malaysia. FPK menjadi penanda
aras kepada perkembangan sistem pendidikan di Malaysia
ini. Walaupun telah menjadi penanda aras dalam sistem
pendidikan yang mantap sejak diwujudkan namun terdapat perkara-perkara yang
perlu dilihat semula agar hasrat FPK menjadi kenyataan yang jitu dan
pegangan semua pihak di Malaysia.
Golongan sasaran pelajar, warga pendidik, badan bukan kerajaan, masyarakat,
ahli politik dan kerajaan perlulah bersatu hati dan semangat untuk
merealisasikan hasrat FPK.
Globalisasi pendidikan yang pesat
berkembang ini sebenarnya telah membentuk ke arah penambahbaikkan dalam usaha untuk mencapai misi dan visi
pendidikan negara iaitu meningkatkan taraf pendidikan bertaraf dunia. Menurut
Hussain Mohamed (1998) globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka
kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan atau hub
universiti luar di negara kita. Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Dunia. pembelajaran berterusan, penggunaan teknologi telekomunikasi dan
maklumat, pengurusan pendidikan, pembentukan jati diri murid serta kualiti
guru. Oleh demikian , pendidikan di Malaysia perlu berani untuk bertaraf
globalisasi agar pendidikan di Malaysia mampu melahirkan individu yang
menyumbangkan insan bukan sahaja berkhidmat dalam negara tetapi mampu menjadi
produk yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa. FPK melalui dasar
pelaksanaannya dalam melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan dan harmonis
dari segi jasmani,emosi, rohani, serta intelek, sebenarnya mampu untuk
melahirkan individu yang unggul dan glokal.
Pelaksanaan program-program yang
mempunyai nilai moral, jati diri dan norma pendidikan budaya di sekolah perlu diperkasakan dengan hal
berkaitan keperibadian pelajar dan guru,budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti
kokurikulum perlu diberi penekanan dalam usaha membentuk moral dan rohani
pelajar yang baik dan sempurna. Dalam usaha untuk membentuk jati diri
murid,seharusnya perkara yang paling dekat dengan mereka di sekolah perlu
diberi perhatian oleh semua pihakiaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan
yang paling rapat dengan pelajar di sekolah sepatutnya menampilkan perwatakan
yang positif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan
dan sifat guru yang amanah, bersopan santun, jujur,penyayang, penyabar,sedia
berkorban, sediamemberi pertolongan dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya
menjadi ‘role model’ kepada pelajar
di sekolah. Program seperti RIMUP, ko-kurikulum dan peranan bimbingan
kaunseling dapat menjatikan semangat negara bangsa bagi memenuhi hasrat FPK.
Oleh demikian, kecemerlangan keputusan peperiksaan perlulah seimbang dengan
pembentukan jati diri dan negara bangsa agar individu yang keluar dari sistem
pendidikan mampu mencorakkan negara yang harmonis.
Pemantapan nilai agama mempunyai
kepentingan dalam membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati
diri dan maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud
kesepaduan antara pendidikan dan agama. Akidah menjadi teras bagi segala
tindakan, maka pegangan agama yang kukuh dalam kalangan pelajar seharusnya
diberikan tumpuan utama setiap masa oleh para guru. Hal ini boleh dilakukan
melalui penyampaian ilmu sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran
atau ketika mengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal
insan berguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, pelajar akan
menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diridaripada
perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara. Pelajar yang disemai dengan nilai agama
yang kental akan mampu menolak dan menghalang pelbagai anasir jahat. Langkah
menerap nilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran wajib atau teras serta
elektif di sekolah. Di samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam
serta guru yang beragama Islam dan para guru Pendidikan Moral bagi yang bukan
beragama Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal.
Pembangunan pendidikan Islam dengan program jQAF dapat memantapkan lagi
Pendidikan Islam di sekolah.
Merit pencapaian kokurikulum diambil
kira dalam pencapaian keputusan SPM adalah langkah kehadapan untuk melihat
penglibatan pelajar lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah atau
universiti. Kokurikulum dijadikan elemen penting dan setanding dengan kurikulum
dalam pemilihan pelajar universiti menunjukkan langkah pertama bagi
mengembalikan falsafah pendidikan ke landasannya. Pembentukkan sahsiah,
kepimpinan dan negara bangsa akan dipupuk dalam aktiviti kokurikulum.
Penutup
Secara amnya setiap unsur atau elemen yang
diterapkan dalam FPK mempunyai tujuan dan implikasi yang tersendiri.
Unsur-unsur ini diselitkan atas kajian yang dilakukan oleh sesetengah Ahli
Jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengkaji akan sistem
pendidikan negara serta memahami kehendak negara pada masa hadapan. Masa
hadapan sesebuah negara sebenarnya bergantung kepada sistem pendidikan
sekiranya sistem pendidikan di sesebuah negara itu canggih, maju dan besesuaian
dengan kehendak negara maka insan yang lahir pada masa hadapan tentu sahaja
dapan memimpin negara dengan baik, memajukan negara dan menjadi masyarakat yang
baik dan sentiasa menyumbang.
FPK sebenarnya memberi kesan kepada
kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan. Dalam kurikulum sukatan
matapelajaran diorentasi dengan program bersepadu, proses P&P mengutamakan
nilai-nilai murni, pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan melatih pelajar mengikut bakat. Bagi pendidik teknik
pengajaran haruslah sesuai dengan pelajar dan padangan,visi serta pemikiran
mereka haruslah sesuai dan mengikut arus global tetapi mesti mempunyai nilai.
FPK memberi impak kepada institusi pengajian tinggi kerana kemudahan-kemudahan
di sekolah mestilah memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, malah budaya sekitar juga haruslah
kondusif supaya dapat melahirkan pelajar yang cintakan ilmu serta penuh dengan
nilai-nilai murni. Bagi mewujudkan insan yang harmonis, perpaduan sangat
diperlukan kerana masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum.
Untuk mewujudkan hal ini salah satu cadangan ialah menghapuskan sekolah jenis
kebangsaan dan memantapkan sekolah kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan wajar
dihapuskan bagi menghomati status dan akta Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Bahasa merupakan salah satu agen perpaduan. Bagi mengelakkan pertelingkahan,
bahasa Cina dan bahasa Tamil patut diajar di sekolah kebangsaan supaya semua
murid mendapat kebaikan daripada bahasa tersebut. Rancangan Sekolah Wawasan
yang satu ketika dilaksanakan perlu dibuat secara berkomitmen untuk memastikan
hasrat FPK menjadi kenyataan.
Rujukan
Abd.
Fatah Hasan (2001), Falsafah Pendidikan, Kuala Lumpur; PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Choong
Lean Keow, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia , Kuala Lumpur Kumpulan Budiman
Hussain
Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.
Syed
Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010) Guru dan CabaranSemasa.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, Selangor
Sharifah
Alwiyah Alsagoff, (1985). Falsafah Pendidikan,Kuala Lumpur;Heinemann.
Mok
Song Sang, Falsafah Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, PTS.
Mok
Soon Sang (2007) Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. :Subang
Jaya, Selangor
No comments:
Post a Comment