Wednesday, May 15, 2013

Tinta Ilmu 4...


 Sahsiah...
 Definisi Sahsiah
       Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. Ia sebenarnya merujuk kepada tingkahlaku yang mencirikan keperibadian individu berkenaan iaitu yang menggambarkan sifat personaliti yang membezakan diri dengan orang lain yang merangkumi sifat asas sahsiah seperti kepercayaan, gaya hidup, pemikiran, budi pekerti, nilai, tabiat dan  ketrampilan seseorang.  Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud keperibadian  atau  peribadi. Kamus Dewan telah memberi  maksud peribadi ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. 


     Abdul Majid dan Rahil ( 1995 ) , mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Dirumuskan, bahawa sahsiah  ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Perwatakkan individu boleh diperhatikan melalui tingkahlaku, pemikiran, tindakan dan interaksi.
    Sahsiah mempunyai tiga ciri utama iaitu keunikan dengan membawa maksud tersendiri, kebolehsuaian atau keupataan seseorang untuk berubah dan diubah iaitu bukan sekadar himpunan tingkah laku sebaliknya melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten.  Secara tegasnya, sahsiah mencerminkan sifat fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani individu.
      Oleh yang demikian, terdapat pelbagai strategi atau teori yang boleh diterapkan kepada  pelajar oleh  guru untuk memahami sahsiah setiap orang pelajarnya .Warga guru atau  pendidik perlu memahami bahawa tugas menyampaikan ilmu dan membentuk keperibadian  adalah amanah yang yang memerlukan semangat penuh iltizam dan tanggungjawab untuk membina satu peradaban manusia pada masa depan. Atas dasar tangungjawab , guru  hendaklah melaksanakan kewajipan mendidik dan membentuk sahsiah pelajar walaupun mereka terpaksa menempuhi cabaran  norma setempat  dan globalisasi.  Satu kemenangan  moral apabila seorang pelajar selepas tamat persekolahan mempunyai  sahsiah yang terpuji dan diterima oleh keluarga, masyarakat dan negara . Sebenarnya ianya adalah satu kebanggaan kepada guru .  Pembentukkan sahsiah terbentuk secara   pendidikan tidak formal dan pendidikan formal. Peranan ibubapa di rumah adalah pembentuk sahsiah tidak formal. Peranan guru di sekolah adalah pelengkap kepada pembentukkan sahsiah pelajar secara formal melalui sistem pendidikan.

No comments:

Post a Comment