Dunia Ku Dunia Tersendiri...
Terdapat berbagai-bagai ciri kanak-kanak yang menghidap autisme. Namun
begitu, tidak seperti masalah Sindrom Down, autisme tidak dapat dikesan
sebelum, semasa atau selepas proses kelahiran. Ini adalah kerana penghidap
autisme tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda kelainan mereka. Ciri-ciri
autisme akan mula kelihatan pada usia 18 bulan ke atas.
Dianggarkan 75 peratus
kanak-kanak autisme mengalami masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan
hingga serius.Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak
biasa lain. Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang
mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan
ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Ibu bapa
seharusnya peka terhadap sebarang perubahan atau tindak balas yang berlaku pada
anak mereka. Jika anak mereka masih belum bercakap atau berjalan mereka
haruslah segera membuat pemeriksaan pakar perubatan. Pengesanan awal dapat
dilakukan semasa proses pembesaran bayi tersebut.
Secara ringkasnya antara ciri-ciri awal autisma adalah :
Secara ringkasnya antara ciri-ciri awal autisma adalah :
i. Tidak
seperti bayi normal, sesetengah daripada penghidap autisme adalah mereka tidak
gemar susu ibu. Mereka akan menolak atau menangis sekiranya ibu mereka cuba
untuk menyusui mereka.
ii. Mengalami
masalah untuk tidur, dan sering terjaga pada malam dan mula menganggu orang
lain disekitarnya.
iii. Mereka
tidak menunjukkan minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang
pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
iv. Mereka
tidak mengenali ibu bapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka, semua orang
sama sahaja.
v. Mereka
tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain
yang sebayanya.
vi. Mereka
tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
vii. Mereka
lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan
sebaya. Di samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan
berseorangan.
viii. Mereka
tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan
sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.
ix. Mereka
lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda
yang berpusing ataupun barangan elektrik.
x. Mereka
gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding
menyampaikan menggunakan lisan.
Selain daripada tanda-tanda awal di atas, penghidap autisme juga sering
menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya
ialah :
i. Mereka
tidak tahu memulakan pergaulan dan tidak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan.
ii. Mereka
tidak mempedulikan perasaan orang disekitar mereka.
iii. Mereka
tidak mempunyai ‘eye contact’ dengan orang lain dan sering mengelak daripada
bertentangan mata semasa bercakap.
iv. Mereka
tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak ke sana dan ke mari.
v. Mereka
tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecederaan yang
dialami.
vi. Sesetengah
daripada mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising.
Mereka akan menjerit ketakutan.
vii. Mereka
akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang
menyenangkan. Namun begitu, situasi ini jarang berlaku.
viii. Mereka
melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
ix. Mereka
sukar untuk memahami dan seterusnya menerima arahan yang diberikan kepada
mereka.
Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka
kelihatan normal. Apabila berada ditengah khalayak ramai kita tidak dapat membezakan
antara kanak-kanak autisme dan kanak-kanak biasa.Walaupun mereka begitu,namun
adakalanya mereka memaparkan tingkah laku dan dan pola perkembangan yang
berbeza.Apabila masalah lambat ditangani ia memberi kesan yang serius pada
perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang terutamanya dalam bidang kemahiran
sosial dan komunikasi.
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengenal pasti masalah
kanak-kanak autisme di peringkat awal kerana pengesanan diperingkat awal akan
memberi kesan dan pengaruh kuat pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
autisme. Ciri-ciri kanak-kanak autisme dapat dijelaskan lagi secara lebih
terperinci mengikut ciri-ciri di bawah:
4.1
Kesukaran Dalam Interaksi Sosial
Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah
dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi
melampau. Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisma.
Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka
melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah
autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa
yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti
anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
4.2
Kanak-Kanak Autisme Gagal Untuk Memberi Respons
Kanak-kanak
autisme gagal untuk memberi respon apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu
bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir
pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada
ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak
memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.
Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak
Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti
menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya
seperti menggigit atau menghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur
berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar
untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri
berbanding menggunakan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme
juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada
diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu
cerita dan kebanyakan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama
rakan perbualan mereka. Kebanyakan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif
kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta
deria rasa. Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa
mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
4.3
Masalah dari segi perkembangan imaginasi, pengawalan yang terhad
Selain dari mengalami tanda-tanda dari segi pergaulan sosial mereka,
kanak-kanak autisme juga mengalami masalah dari segi perkembangan imaginasi,
pengawalan yang terhad dalam aktiviti seharian mereka. mereka sering melakukan
pergerakan badan yang stereotaip. Di samping itu, mereka juga hanya bermain
sesuatu yang sama sahaja dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan tanpa
melakukan sebarang ubahsuai atau variasi seperti yang sering dilakukan oleh
kanak-kanak normal. Ada sesetengah daripada mereka mempunyai tahap IQ yang
rendah tetapi ada juga yang sebaliknya. Terdapat sesetengah kes yang
menunjukkan IQ kanak-kanak autisme berada pada tahap yang tinggi. Selain itu,
mereka juga gemar menggerakkan badan secara berulang-ulang contohnya menghayun
tangan secara berulang-ulang, menggelengkan kepala, memetik jari, dan
sebagainya. Mereka juga lebih cenderung untuk mengenali sesuatu dengan cara
menghidu atau menjilat benda tersebut.
4.4
Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri:
·
Adakalanya kanak-kanak ini memeriksa
bahagian-bahagian anggotanya seperti kaki dan tangannya seolah-olah benda
itu baru dan pelik.Proses ini berjalan sehingga ke peringkat remaja.
·
Gemar membuang masa pada sesuatu objek
dan tidak menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
·
Suka membawa pelbagai objek ke sana
sini.Menunjukkan kemarahan yang amat sangat apabila objek yang dibawahilang.
·
Sangat menyayangi sesuatu objek yang
disukainya.
·
Membuat garisan atau corak dengan
berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
·
Permainan yang aneh seperti memusing
objek,menggoyangkan tali,menggoncang objek di dalam tin,mengoyak kertas dan
sebagainya.
4.5
Tidak suka kepada persekitaran yang berubah dan suka kepada kesamaan
dari semua aspek.
·
Sangat susah untuk mengubah sesuatu
rutin contohnya menukar pakaian,makanan atau mengubah jalan.
·
Menolak penerimaan belajar
perkara-perkara yang baru.
·
Menunjuk kemarahan jika
perabot-perabot dalam rumah di ubah-ubah.
·
Suka melakukan perkara sama
(berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika
disuruh melakukan perubahan.
·
Menunjukkan minat pelik, contohnya
terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan
memutar objek.
·
Mempunyai pergerakan badan yang pelik
dan melakukannya berulang-ulang.
·
Menunjukkan keinginannya dengan
tangan orang dewasa.
4.6
Masalah tingkah laku
Aktif tetapi berperangai pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka
mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli
kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan
kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal
‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan
sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme
sebagai bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma
guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada
masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan
kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.
“Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di
sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu
bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras
kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh
Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran
bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi
Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah
autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya
disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.
4.7
Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
Terdapat juga beberapa tanda-tanda lain yang dapat diperhatikan pada
kanak-kanak autisme. Mereka didapati lemah dalam pertuturan antara masalah
pertuturan yang sering di hadapi oleh kanak-kanak autism adalah masalah lambat
memulakan pertuturan, tiada babbling , gerak laku, isyarat dan percakapan,
tidak menggunakan isyarat dalam perbualan semulajadi dan mereka selalu bercakap
tentang sesuatu yang tidak difahami oleh orang-orang di sekelilingnya.
Selain itu, masalah dari segi pertuturan yang ketara bagi kanak-kanak
autisme adalah masalah echolalia. Echolalia membawa maksud pengulangan yang
tidak mempunyai sebarang makna pada sesuatu ayat yang dicakapkan oleh individu
yang lain. Seperti yang dikatakan oleh Fay ( 1969 ) 75% kanak-kanak
autisme akan mengulangi semula percakapan yang didengar. Terdapat dua jenis
echolalia :
i. Immediate
Echolalia - Ibu : “ Ani mahu makan?’’
Kanak
– kanak autism : “ Ani mahu makan?’’
ii. Mitigated
Echolalia :
Echolalia
jenis ini terbahagi kepada 3 iaitu –
a) Tukar
ganti nama
b) Memendekkan
ayat
c) Jawapan
positif atau negatif
No comments:
Post a Comment